Wednesday, July 28, 2010

PENGENALAN KOD TANGAN BAHASA MELAYU

Kod Tangan Bahasa Melayu(KTBM)

Apakah dia Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)?
  • Kod Tangan Bahasa Melayu ini bukan Bahasa Melayu Isyarat Tangan.
  • Kod Tangan Bahasa Melayu ini diadakan menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia.
  • Apabila Bahasa Melayu Kod Tangan ini diperturunkan ke dalam bahasa tulisan maka tiada apa-apa perbezaan pun tentang struktur dan semantik dalam Bahasa Melayu.
  • Ayat-ayat yang diberi kepada kanak-kanak pekak atau kanak-kanak biasa itu akan sama maknanya.Seseorang kanak-kanak pekak yang telah dapat menguasai Kod Tangan Bahasa Melayu akan dapat bercakap menggunakan`Bahasa Melayu Kod Tangan” dan menulis bahasa yang lazim dengan rakan-rakannya yang boleh mendengar.
  • Kepada guru-guru yang mengajar kanak-kanak pekak, maka penguasaan bahasa Melayu Kod Tangan secara ilmiah, bukan sahaja mustahak untuk mempelajari kod kata dasar tetapi yang lebih mustahak asas-asas nahu dan tatabahasanya.

Prinsip-prinsip Nahu Kod Tangan Bahasa Melayu
Asas-asas bahasa yang digunakan bagi prinsip kod Tangan ini ialah:
1. Kata Dasar
2. Kata Majmuk
3. Kata Ringkas
4. Perkataan Pergandaan
5. Imbuhan (Penambahaan) me, pe, ter, ber dan per
6. Perkataan Seerti
7. Pengecualian
8. Angka

No comments:

Post a Comment